PERHIDMATAN

Opsyen Beli-Balik Satu :

Rakan Kongsi Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad, SteviaSugar Corporation mengilang dan memasarkan produck berasaskan stevia contohnya Dr Sweet Tea. Produk ini menggunakan 9 produk agro terpilih yang boleh dibekalkan melalui ahli Koperasi.
Hasil-hasil agro yang akan dibeli-balik dari ahli ialah :
  1. Pokok Melaka
  2. Daun Mulberi
  3. Daun dan Buah Jambu Mawar
  4. Serai
Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad akan memberi bantuan teknik dan tunjuk ajar asas untuk setiap jenis tanaman agro.

Opsen Beli-Balik Dua :

Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad akan mengeluarkan produk sendiri berasaskan Kelapa. Ini berdasarkan kepada fakta bahawa kelapa boleh didapati dengan banyak di Malaysia.
Fokus diberi kepada dua perkara dari pokok kelapa :
  1. Nira Kelapa
  2. Sabut kelapa
Ahli Koperasi boleh menjual Nira dan Sabut Kelapa terus kepada Koperasi SweetLife Berhad.

Opsyen Beli-Balik Tiga :

Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad akan mengeluarkan produk makanan baru berasaskan pisang. Ini kerana pisang boleh didapati dengan banyaknya di serata Malaysia dan ianya mudah ditanam.
Fokus belian balik adalah kepada buah pisang, tanpa mengira jenis pisang, paling umum ialah pisang berangan, montel, tanduk, rastali dan awak.
Ahli Koperasi boleh menjual terus pisang yang telah matang kepada Koperasi SweetLife berhad.

No comments:

Post a Comment